Tutorial Cara Beli Dari Kedai Online

Langkah 1
Pilih Produk Yang Diingini

Langkah pertama, apabila anda berminat dapatkan sesuatu produk, klik pada kotak Jumlah, seperti yang ditandakan dalam kotak merah.

Anda akan lihat harga perbotol yang semakin berkurangan apabila jumlahnya bertambah.

Langkah 2
Klik Beli

Langkah kedua apabila telah putuskan produk mana yang anda ingini, sila klik butang Beli. Dan sistem akan automatik redirect ke ruangan Checkout.

Langkah 3
Detail Belian Anda

Seperti anda lihat setelah klik beli, anda akan dibawa ke halaman checkout untuk bayaran. Detail belian anda dimasukkan disini dengan harga.

Bahagian atas sekali menyatakan anda akan mendapat RM4.40 Cashback.

Cashback adalah perkara yang tidak ditawarkan seller lain. Ia akan dikreditkan ke akaun anda didalam web ini apabila proses belian complete.

Ini bermakna, lain kali bila anda beli cashback ini akan di apply dahulu. Tolak RM4.40 dari belian anda seterusnya. Jika dengan seller lain, jangan harap dapat diskaun begini.

Nilai Cashback adalah 2% dari jumlah yang dibayar.

Langkah 4
Masukkan Detail Anda

Sekiranya anda pernah membeli dari laman ini, sila klik link untuk login. Namun jika ini pertama kali anda berurusan dalam laman web ini, sila teruskan mengisi detail anda pada billing details.

  • Masukkan Nama Penuh
  • Masukkan Alamat Lengkap
  • Masukkan No Telefon
  • Masukkan Email Bagi Tujuan Pendaftaran.
  • Set Username Akaun Anda.

Sistem mempunyai ciri keselamatan yang mana, hanya pelanggan yang ingin membeli sahaja boleh “Create Akaun” di website ini.

Ini bagi mengelakkan bot dan spammer dari cuba signup di laman ini. Jika nak saja – saja daftar akaun pun tidak boleh. Hanya untuk pelanggan.

Anda akan menerima detail akaun anda melalui Email. Klik link yang diberikan untuk set password. Perkara ini anda boleh lakukan selepas bayaran.

Langkah 5
Beli Secara Online Dan Terima Secara Pos Laju

Masih didalam Page yang sama, setelah isi detail anda, scroll untuk melihat cara bayaran.

Terdapat 3 cara bayaran:

Pertama : Cash Deposit & ATM Transfer

Anda perlu membuat bayaran tertera diatas terlebih dahulu. Selepas itu klik Place Order.  Lepas dah klik place order, anda akan dibawa ke laman berikutnya, mengandungi pengesahan order.

Langkah seterusnya Whatsapp kepada saya “No Order dan Gambar Resit” bayaran ke 011-333-33-207.

Cara Dua : Beli Secara Bank Transfer (Toyyibpay FPX Tranfer)

Cara kedua ini lebih mirip cara bayaran di lazada dan shopee yang mana ia akan hubungkan dengan bank tempatan.

Untuk bayar cara ini, pilih Toyyibpay dan klik Place Order.

Untuk cara belian secara cash on delivery, sila klik butang whatsapp pada produk page untuk berurusan.

Langkah 6
Account Creation

Apabila anda klik place order, ia akan blur sedikit seperti diatas. Itu tandanya proses create account dan submit order sedang berlaku.

Langkah 7
Harga Yang Perlu Dibayar

Jika anda lihat harga yang dipaparkan adalah RM220 untuk 3 botol produk. Namun seterusnya anda akan lihat, bil anda adalah RM216 sahaja.

Ini kerana semasa anda klik Place Order, sistem akan daftarkan akaun anda. Dan anda akan mendapat RM5 signup bonus.

Bill sebenar adalah RM221 kerana ada caj transaksi FPX sebanyak RM1 dikenakan. Dari RM221 setelah ditolak RM5 signup bonus, maka harga yang dibayar adalah RM216 sahaja.

Nota: Bayaran caj payment gateway rm1 akan ditanggung oleh kami. Jadi jika ikut gambar diatas, harga yang perlu dibayar sepatutnya RM215 sahaja.

Langkah 8
Pilih Bank Anda

Dalam page yang sama, scroll kebawah dan anda akan melihat senarai online bank tempatan.

Pilih Online Banking anda. Contoh saya pilih CIMB Bank dan seterusnya klik “Pay FPX”.

Anda akan dibawa ke laman web CIMB untuk login dan buat bayaran.

Langkah 9
Buat Bayaran

Anda akan dibawa kelaman bank pilihan anda untuk membuat bayaran. Setelah selesai membayar, biarkan sistem redirect ke dalam akaun “My Account” anda.

Sistem akan menghantar detail bayaran kepada kami. Untuk bayaran secara FPX, lepas bayaran berjaya,sistem akan tandakan yang order anda sedang di proses.

Tiada langkah yang perlu anda ambil kerana bayaran sudah selesai. Sila tunggu 24 jam (isnin – jumaat) untuk kami hantar produk anda.

Anda akan menerima pengesahan email mengandungi “Pos Laju Tracking Number” dan status belian anda akan diubah kepada complete.

Setelah itu anda akan menerima 1 email lagi memaklumkan yang Cash Back 2% telah di kreditkan ke akaun e-wallet anda.

Penutup
Dah Faham Cara Beli?

Kami harap anda dah faham tentang langkah untuk membuat belian di laman ini. Jika anda sudah ready nak membeli, jom klik link dibawah untuk lihat senarai produk kami.

Scroll to Top